Friday, September 19, 2014

Kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat

   Kehidupan manusia alaf baru yang serba-serbi pantas menyebabkan mereka mengabaikan amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat merangkumi pelbagai aspek daripada segi penjagaan makanan, senaman dan kitaran tidur yang betul. Pelbagai manfaat daripada pengamalan gaya hidup sihat dapat kita perolehi seandainya kita mengamalkannya dengan kaedah yang betul.

  Antara faedah mengamalkan gaya hidup sihat adalah dapat menjadikan badan kita kuat. Makanan yang diambil berdasarkan piramid makanan akan membantu tubuh untuk melawan penyakit kerana tubuh kita mendapat nutrisi yang secukupnya. Sebagai contoh, apabila makanan yang diambil bebas daripada penggunaan bahan pewarna dan perasa tambahan juga baja kimia, badan kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Hal ini akan menjurus kepada menjadikan badan lebih kuat bagi menangkis penyakit.

  Selain itu, kita dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Hal ini kerana, gaya hidup sihat menjanjikan kita dengan kesihatan yang lebih baik berbanding gaya hidup tidak sihat. mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal makanan dan bersenam dapat mengurangkan risiko penyakit misalnya jantung tersumbat. Kesannya, pengamal tidak perlu menjalani kehidupan menyulitkan seperti terpaksa mengikut jadual ubat-ubatan dan pergi ke hospital.

   Di samping itu, pengamal juga akan terhindar daripada pelbagai gejala sosial seperti merokok, minum arak, mengambil dadah dan pergaulan bebas. Hal ini kerana pengamal akan dapat memikirkan secara logik tentang kesan apabila terlibat dengan penyakit sosial. Sebagai kesan, pengamal akan menjadi seseorang yang memberi manfaat kepada masyarakat.

    Akhir sekali, pengamalan gaya hidup sihat akan dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini kerana keluarga ini dibina berdasarkan sebuah elemen yang cukup mantap iaitu gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan seimbang, senaman dan tidak terlibat dengan gejala sosial. Hubungan antara keluarga juga dapat dieratkan. Misalnya, ahli keluarga makan makanan sihat bersama-sama dann beriadah bersama sama. keluarga bahagia inilah yang akan dapat melahirkan anak-anak yang produktif untuk negara.

     Konklusinya, pengamalan gaya hidup sihat akan dapat menghasilkan sebuah negara yang maju kerana rakyatnya hidup dengan ceria berdasarkan amalan gaya hidup sihat.

30 comments:

  1. assalamualaikum.. teguran dari saya.. perkataan 'antara' tidak boleh berada di depan ayat.. saudari sepatutnya menggunakan 'salah satu' @ 'terdapat beberapa'.. apa apa pun trima kasih utk karangan ini dan boleh diambil sebagai isi utk krangan pt3 2015.. sekian

    ReplyDelete
  2. Oh yeke....jadi bole guna awal ayat la ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, Untuk mulakan perenggan guna
      faedah-faedah mengamalkan gaya hidup sihat pun boleh asalkan jangan buat macam ni
      Antara faedah-faedah
      Beberapa faedah faedah
      Ini jaaaaaanggggggaaaaaan guna silap besar menyesal tak sudah nanti

      Delete
    2. Mana boleh guna word *antara* pada permulaan ayat. Salah tu. Haiyaaaaaaaaa.

      Delete
  3. Lebih cantik kalau ganti 'hal ini kerana' dengan 'hal ini demikian kerana'

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. berapakah patah perkataan ini????

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cikgu! Ini amat berguna untuk saya mengulang kaji!

    ReplyDelete
  9. Izinkan sy menggunakan karangan ini

    ReplyDelete
  10. Hmmmmmm , follow ig elfirra_ll

    ReplyDelete