Thursday, September 5, 2013

Malaysia dan Pertubuhan Dunia


Komanwel
Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931. Anggota pertubuhan ini terdiri daripada Negara bekas jajahan Britain yang merdeka.
Peranan Malaysia dalam komanwel
-          Negara-negara komanwel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan bangsa dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
-          Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrosi dengan Indonesia.
-          Eksport Malaysia ke Negara-negara komanwel terutama Britain dikenakan cukai yang rendah.
-          Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Ditubuhkan pada 1945 setelah perang dunia kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan.
Peranan Malaysia dalam PBB
-          Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Malaysia telah dipilih sebagai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB sejak tahun 1960.
-          Malaysia lantang bersuara dengan menentang dasar apartied di Afrika Selatan.
-          Menyarankan Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan dibawah kuasa semua negara.
-          Menjadi Ahli Bank Dunia.
-          Dipilih menjadi Ahli keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999.
Pergerakkan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Ditubuhkan pada 1961 semasa kemuncak perang dingin.
Peranan Malaysia dalam NAM
-          Membuat usul bagi membela kepentingan negara-negara yang sedang membangun.
-          Mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartied di Afrika Selatan.
-          Diberi penghormatan sebagai Naib Presiden pada sidang kemuncak di Belgred, Yugoslavia pada tahun 1989.
Negara-negara Selatan
Dikenali sebagai negara –negara dunia ketiga
Peranan Malaysia dalam Negara-Negara selatan
-          Idea penubuhannya datang daripada Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamad semasa sidang kemuncak NAM di zimbabwe pada tahun 1987
-          Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
Pertubuhan Persidangan Islam
Ditubuhkan pada tahun 1971 dan ber ibu pejabat di Jeddah.
Peranan Malaysia dalam OIC
-          Di ilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman.
-          Tunku Abdul Rahman menjadi setiausaha agung OIC yang pertama
-          Menyelesaikan perperangan Iran-Iraq
-          Tawaran Biasiswa diberi kepada anggota negara OIC yang mempunyai rakyat yang ingin menyambung belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
-          Mendapat faedah berupa pinjaman dari Bank Pembangunan Islam.

Wednesday, July 17, 2013

Perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) semakin membudayai kehidupan remaja masa kini. Bincangkan kesan negatif budaya SMS dalam kalangan remaja.

     Bidang telekomunikasi yang pesat membangun pada masa kini ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ telah memperlihatkan kemajuan dalam cara manusia berhubung. Antara kemajuan yang berjaya dicapai adalah dalam bidang khidmat pesanan ringkas (SMS). Penghantaran SMS dapat menjimatkan masa berbanding dengan menghantar surat. Selain itu, maklumat penting yang perlu dikhabarkan secepat mungkin kepada orang yang tinggal berjauhan juga dapat disampaikan dengan mudah. Namun, kemudahan ini banyak disalahgunakan oleh golongan remaja. Apakah impak negatif yang diterima oleh golongan ini akibat kesalahan yang mereka lakukan?
      Antara impak negatif yang diterima oleh golongan remaja ialah mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengeja perkataan Bahasa Melayu dengan betul dek kerana terlalu taasub dengan penggunaan singkatan huruf ketika menghantar SMS. Antara perkataan yang sering disingkatkan dalam peperiksaan kerana sudah terbiasa menggunakannya ketika menghantar SMS ialah yang ‘yg’ , dengan ‘dgn’ dan penggunaan koma di atas pada imbuhan misalnya, bermain ‘ b’main ‘. Amalan menggunakan singkatan huruf ini seharusnya dibendung kerana hal ini bukan sahaja menyebabkan mereka berkemungkinan gagal dalam peperiksaan. Malahan, keindahan Bahasa Melayu juga akan tercemar oleh kerana kejahilan mereka.
      Seterusnya, remaja cenderung untuk menghantar SMS untuk perkara yang tidak mendatangkan faedah sehingga menjurus ke arah pembaziran kredit.. Pesanan tidak penting dihantar secara berterusan tanpa mengambil kira pembaziran wang yang telah mereka lakukan. Wang yang digunakan untuk membeli kad tambah nilai yang berlebihan daripada yang sepatutnya itu boleh digunakan untuk membeli barangan yang mendatangkan faedah kepada diri mereka. Sebagai contoh, wang itu boleh digunakan untuk membeli buku rujukan, barangan keperluan diri ataupun boleh disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Pembaziran yang dilakukan secara membuta tuli ini perlu diberi perhatian kerana bimbang sekiranya mereka kehabisan wang untuk membeli kad tambah nilai, mereka akan menggunakan alternatif lain untuk mendapatkan wang dengan mudah iaitu dengan cara mencuri wang daripada orang yang berdekatan.
        Akhir sekali, masa berharga yang terluang mereka penuhi dengan berkurung dalam bilik sambil melayan SMS yang dihantar oleh rakan-rakan mereka. Masa senggang itu seharusnya digunakan untuk perkara yang berfaedah. Sebagai misal, membantu ayah dan ibu menguruskan rumah dan adik beradik yang lain atau mengulangkaji pelajaran. Sekiranya remaja tahu tentang betapa berharganya waktu terluang yang ada, pasti mereka tidak akan mensia-siakan waktu itu. Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al ‘Asr ayat 1 hingga 3 yang bermaksud, Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan ke arah kebaikan.
        Konklusinya,amalan menghantar SMS tidak seharusnya dijadikan satu budaya dalam kalangan remaja kerana hal ini hanya merugikan mereka. Sekiranya, perkhidmatan SMS digunakan ketika perlu sahaja, pasti kehidupan remaja akan lebih terjamin.
 Oleh : Siti Nur Izzah Hani Binti Ngabdul Basir : 2RK : 10 :10 malam : 10/7/2013 : 432 patah perkataan : SO B2ST! : http://www.cahayakekuatankesayangan.blogspot.com : ak_izzah99@yahoo.com : @NurIzzahHani : Nur Izzah Hani : B2UTY Hani : MIN : F4 : ATRK : twilight : merlin : Just For You : Izzah the coolest girl ever : sabar kunci kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat 